Sunday, 15 July 2012

FAKTA MENARIK RAMADHAN

Bilakah disyariatkan puasa kepada ummat Nabi Muhammad?

Ibadah puasa telah disyariatkan pada 10 Syaaban tahun 2 Hijrah

Apakah peristiwa-peristiwa penting di Bulan Ramadhan?

  1. Peperangan Badar Kubro ( 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah)
  2. Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan tahun 8 Hijrah)
  3. Sebahagian daripada peritiswa peperangan Tabuk (tahun 9 Hijrah)
  4. Tersebar luas islam ke Yaman (tahun 10 Hijrah)
  5. Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-Uzza (tahun 8 Hijrah)
  6. Islamnya Bani Tsaqif dan mereka menghancurkan berhala al-Laata yang mereka sembah (tahun 9 Hijrah)
  7. Peristiwa Ain Jalut iaitu Tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Qhutuz (15 Ramadhan tahun 658 Hijrah)
  8. Pembukaan Andalus ke bawa pimpinan Thoriqa Bin Ziyad (28 Ramadhan tahun 92 Hijrah)

Fakta Menarik Tentang Tidur

tidur

Fakta Menarik Tentang Tidur

Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirahatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri. Jadi? Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.

Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu.

Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5 jam saja.
Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh.
Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. Amboi…bahaya tue.
  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
  • Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.
  • Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sadar.
  • Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.
  • Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.
  • Suhu tubuh  akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.
  • Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya  mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.

Bagaimana mendapatkan Tidur yang Sihat?

1. Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum anda tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari musik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.
2. Pastikan anda mentaati jadual rutin anda dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh anda akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur anda dingin dan nyaman
3. Jika anda menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil anda untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu hal yang dapat membuat anda rileks. Akan tetapi jangan anda lakukan diatas kasur. Berada di ranjang saat terjaga malah meningkatkan kekhawatiran kamu tak bisa tidur.
4. Bersenam boleh membuat anda tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat anda rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat.
5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur anda.

Saturday, 14 July 2012

DR MORSI MENANG PILIHAN RAYA PRESIDEN MESIR SECARA RASMI:PETANDA KEMENANGAN ISLAM SELURUH DUNIA



salam kepada semua..

ALHAMDULLILAH...KEMENANGAN DR MORSI DALAM PILIHAN RAYA PRESIDEN MESIR BUKAN SAHAJA KEMENANGAN BUAT RAKYAT MESIR..TETAPI KEMENANGAN BUAT RAKYAT BERAGAMA ISLAM DI SELURUH DUNIA...

ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA BESAR...

SEMOGA KEMENANGAN ISLAM AKAN TERUS BERSINAR...


 
Salam untuk semua, moga dirahmati 

Alhamdulillah, kemenangan Dr. Muhammad Mursi calon Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwaanul Musliminsebagai Presiden Republik Arab Mesir (tidak rasmi sehingga tarikh ini-21 Jun 2012) telah diketahui pada pagi Isnin, 18 Jun 2012. Dr.Muhammad Mursi memperoleh 13,237,000 undi atau nisbah 52% berbanding lawannya, Ahmed Syafiq, sekutu kuat Husni Mubarak memperolehi 12,338,973 dengan nisbah 48% daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973.

Kemenangan ini disambut dengan rasa syukur oleh seleuruh rakyat Mesir terutama rakyat yang sudah lama mengimpikan pemerintahan baharu, ingin keluar daripada jajahan kuku besi Husni Mubarak...malah turut mengimpikan Islam kembali didaulatkan di bumi Mesir. Walau bagaimanapun, kemenangan ini masih menjadi tanda tanya apabila pihak tentera masih samar2 membuat keputusan untuk memberikan kuasa penuh kepada Presiden baru. Difahamkan sekarang juga jutaan rakyat Mesir berhimpun/berkampung di Dataran Tahrir mendesak pihak tentera mengembalikan kuasa pemerintahan penuh kepada pilihan rakyat.

Kisah Pilihan Raya Mesir

Pelajaran dakwah dri Pilihanraya Presiden Mesir...Ada dua calon iaitu Mohammed Mursi dan Ahmed Syaffiq. Mursi merupakan calon presiden dari Ikhwan. Sedangkan Syaffiq merupakan perwakilan dari regim lama, Hosni Mubarak. Ada kisah menarik yang terjadi di salah satu daerah di Mesir.

Seorang gadis naik teksi. Setelah duduk dalam teksi, si pemandu bertanya, "Siapa yg anda akan pilih?” Si gadis menjawab, “Mohammed Mursi.” Si pemandu hairan dan btanya “Kenapa? Dia kan Ikhwan…” Si pemandu semangat mengkritik Morsi, “Saya ini seorang muslim dan nama saya juga Mohammed.” Si gadis lantas menjawab: “Saya Kristian dan nama saya Maria.” Si pemandu teksi hairan dan semakin bingung dan berkata: “Bukankah Shafqiq akan membenarkan Injil dalam buku pelajaran dan menghapus ayat-ayat Al-Quran?”

Si gadis menjawab: “Bagaimana mungkin saya akan memberikan suara saya kepada orang yang tidak menghormati agamanya?” Si gadis berkata lagi.. “Ketika gereja saya diledakkan, Shaffiq ada bersama Mubarak, sementara Ikhwan ketika itu di penjara…."Ketika syuhada’ berguguran, Shaffiq menjawat sebagai Perdana Menteri, sementara Ikhwan ada bersama para demonstrasi." Kelu pemandu teksi dengan huraian si gadis Kristian...lalu bersetuju turut sama menyokong Mursi!


Revolusi 2011 yang telah mengorbankan 1,000 nyawa itu tidak sewajarnya berakhir dengan sebegitu rupa. Pengorbanan mereka yang tak ternilai harganya itu tidak sewajarnya dibayar dengan memilih untuk kembali kepada pemerintahan silam. Sesungguhnya cabaran besar sedang menanti Presiden dan kerajaan yang baru untuk menyatukan kesemua rakyat samada Muslim, Kristian, liberalis dan golongan kiri di bawah satu lembayung pemerintahan baru Mesir.

Kini, amanah besar sedang digalas oleh setiap rakyat Mesir untuk melakar masa depan mereka sendiri. Janganlah pula tersilap langkah kerana buruk padah pasti menanti bak kata pepatah “terlepas mulut harimau, masuk mulut buaya”. Sungguhpun golongan liberalis berpendapat pusingan run-off ini adalah the 'worst-case' scenario yang membuatkan mereka terpaksa memilih antara dua persimpangan namun bagi kita semua yakinlah bahawa hanyalah Islam ad-Din yang akan menjadi penyelamat bukan sahaja di dunia mahupun akhirat sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mencari agama(ad-Din) selain daripada Islam maka ianya tidak sesekali akan diterima dan di akhirat kelak tergolong dalam golongan yang rugi.”


BIODATA PROF. DR. MUHAMMAD MURSI

Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah.  Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. 
Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California. 
Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.


Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman.
 Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.

Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.


Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.




Penjara dan Penangkapan


Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang.


Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi 
selama 7 bulan.


Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 
supaya tidak terlibat dengan demonstrasi.
 Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.

Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

Sejarah: Fakta, Kritikan Dan Tafsiran


Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: ‘history cannot lie’. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta. Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau ‘school of thought’ yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya.
Ketulenan Fakta
Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai (authentic). Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik.
Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab ‘Rijal al-Hadith’ iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang perawi (narrators). Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi. Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai. Demikian susahnya sesebuah hadis hendak mencapai darjat ‘sahih’. Malangnya, apabila ilmu hadis tidak diambil berat, ramai penceramah termasuk ustaz dan ustazah yang membaca hadis palsu dalam ucapan mereka.
Dalam Islam, maklumat sejarah biasa sekalipun tidak diketatkan syaratnya seperti hadis, namun soal sumber yang dipercayai itu tetap penting. Ini terutama apabila membabitkan maruah atau tuduhan terhadap pihak-pihak tertentu. Muhammad bin Somil al-Salma dalam tesisnya ‘Manhaj Kitabah al-Tarikh al-Islamiy wa Tadrisuhu’ (Metodologi Penulisan Sejarah Islami dan kajiannya) menyebut:
“Riwayat sejarah apabila berkaitan hukum syar’i seperti halal dan haram, atau berkaitan mencerca seseorang muslim, mempertikaikannya, atau memberikan gambaran buruk mengenainya kepada orang lain, maka mestilah dipastikan kedudukan perawinya dan dikenali pembawa beritanya” (m/s 227. Mesir: Dar al-Wafa/1408H).
Ya, ini sebenarnya berasaskan arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu”. (Surah al-Hujarat: 6).
Ini penting, ramai yang menjadi mangsa cemuhan dan tohmahan hanya disebabkan sumber yang khianat dan menyeleweng dalam menyampai sesuatu berita. Dalam kehidupan seharian yang watak-watak masih hidup pun, banyak penipuan fakta, pembohongan dan fitnah dilakukan. Apatah lagi apabila membabitkan mereka yang sudah tiada, tentu pembohongan lebih mudah dilakukan. Umpamanya, betapa banyak maklumat sejarah yang menipu tentang pertelingkahan yang terjadi antara sahabat Nabi s.a.w sehingga lahirnya mazhab Syiah yang mempercayai fitnah sejarah terhadap sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
Ramai yang menjadi mangsa diburukkan oleh sumber sejarah yang tidak amanah. Antara yang dimangsa Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan yang diburukkan oleh sumber sejarah seburuk-buruknya. Sehingga Munir Ghadban menyebut:
“Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiyah dengan tangan Rasulullah s.a.w dan mereka hidup dengan wahyu langit, (tidak ada) mereka ini yang diperburukkan, dibohongi tentangnya dan didustakan kepadanya seperti yang dilemparkan kepada Mu’awiyah ibn Abi Sufyan r.a. (Munir al-Ghadhban, Mu’awiyah ibn Abi Sufyan, m/s 5. Damsyik: Dar al-Qalam/ 1410H).

Begitu juga Khalifah Harun al-Rasyid yang dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk dan lucu kepadanya seperti dia sering ditipu oleh Abu Nuwas. Sedangkan Abu Nuwas itu seorang penyair yang sering memuji arak dan wanita. Syair-syairnya memuatkan keruntuhan moral. Kata Ibn Khaldun (meninggal 808H):
“Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat; mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum arak dan mabuk seperti mabuknya seorang kaki arak, -Allah memelihara daripada itu semua!-. Kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua, sedangkan dia dalam keadaan sering melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan sebagai khalifah, seorang yang mendampingi ulama dan auliya`, selalu berbincang dengan al-Fudail bin `Iyad, Ibn al-Sammak dan al-`Umari, selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis mendengar nasihat mereka, berdo`a di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat dan hadir solat subuh pada awal waktunya”. (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m/s 17, Beirut: Dar al-Fikr/t.t)
Sebab itu, sesiapa yang menuduh atau menghukum orang lain hanya kerana terpengaruh dengan riwayat sejarah, tanpa membuat semakan dan kajian seperti yang al-Quran arahkan, maka dia berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak kerana menfitnah dan menuduh tanpa asas.
Mengkritik Teks
Setelah kita mendapat sumber yang diyakini, maka itu tidak mencukupi sebaliknya kita perlu melihat teks sejarah itu secara kritis. Perawi yang amanah mungkin juga silap dalam periwayatan. Maka, sikap kritis terhadap matan atau teks amat perlu. Bahkan, jika kita tidak mampu mengkaji kesahihan sumber sekalipun, kita boleh menggunakan nilai-nilai kritis dalam menilai sesuatu fakta.
Umpamanya, saya selalu contohkan bagaimana sesetengah penceramah suka bercerita kisah ucapan Panglima tentera Islam di Andalus, Tariq bin Ziyad ketika mengucapkan kata-kata semangat kepada tenteranya: “Ke mana tempat lari? Lautan di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Tiada bagi kamu-demi Allah- melainkan sifat benar (kesetiaan) dan sabar”. Kononnya selepas itu Tariq membakar kapal agar tentera Islam tidak dapat ke mana-mana lagi melainkan berperang terus. Kisah ini dijadikan kebanggaan sesetengah penceramah. Padahal kisah ini patut dikritik. Hanya mereka yang lemah minda sahaja yang menjadikan kisah dalam versi ini sebagai lambang keberanian dan kepahlawanan.

Riwayat ini ditolak; pertamanya; cerita bakar kapal tiada sumber yang boleh dipercayai daripada mereka yang berada pada zaman tersebut. Mereka yang selepas itu yang menyebutnya. Keduanya; kisah itu boleh menggambarkan kebaculan tentera Islam yang terkenal dengan kepahlawanan dan kesanggupan menyeberang laut untuk membuka Andalus. Seakan jika Tariq tidak lakukan demikian mereka akan lari dari medan jihad. Ini bukan sifat tentera Islam yang membuka Andalus. Ketiga; Apakah wajar bagi Tariq yang merupakan panglima tentera yang bijak untuk membakar harta kerajaan dan kekuatan tentera Islam iaitu kapal yang boleh digunakan untuk membuka negeri yang lain pula. Kalau Tariq melakukan pembaziran demikian, tentu dia akan diambil tindakan oleh kerajaan Islam. Di sana banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan untuk membuktikan ketidak benaran kisah ini. Justeru itu, Mahmud Syakir yang merupakan tokoh sejarahwan Islam mempertikaikan kisah ini di dalam buku kecilnya Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy. Sesiapa yang ingin pendetilan bantahan terhadap kisah ini boleh merujuk kepada buku tersebut.
Maka ketajaman minda dalam melakukan textual criticism atau kritikan matan adalah sesuatu yang penting dalam mengkaji sejarah. ‘Abd al-Rahman Fakhuri dalam membincangkan sejarah pertelingkahan para sahabat mengatakan:
“Sejarah bukan sekadar suatu cerita yang dicampakkan di tengah jalan, yang penulisnya memilih apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tidak suka. Sesungguhnya terdapat dua kaedah kritikan yang mesti dibuat terhadap setiap riwayat sejarah sebelum dibuat keputusan untuk menerima atau menolaknya. Pertama: Mengkritik sanad, ini bermakna mengkaji para perawi dan pembawanya. Dipastikan dari sudut kesinambungan sanadnya adalah sahih dan terselamat daripada sebarang kecacatan yang tersembunyi. Perbincangan secara panjang lebar telah diperkenalkan oleh ahli hadis dan para pengkritiknya (pengkaji hadis), tidak mengetahui ilmu ini melainkan mereka sahaja. Kedua: Mengkritik matan (teks)”. (‘Abd al-Rahman Fakhuri, Muqaddimah Miftah al-Jamaah, m/s 77, Mesir: Dar as-Salam/1990M).
Tafsiran
Setelah melalui dua proses di atas, barulah tafsiran terhadap sesuatu fakta sejarah boleh dibuat. Siapa yang hendak diangkat menjadi wira dan siapa pula yang hendak diangkat menjadi musuh atau pengkhianat, banyak bergantung kepada tafsiran. Setiap orang mempunyai aliran dan sudut pandangan yang tersendiri. Namun, di sana ada perkara yang jelas lagi terang antara baik dan buruk, malaikat dan syaitan, Tuhan dan Iblis yang setiap pihak wajib akur kepada nilai yang sama itu. Di sana ada fakta yang kabur atau sesuatu yang boleh diberikan pelbagai tafsiran. Boleh dilihat baik dari satu sudut, mungkin tidak baik di sudut yang lain. Juga, baik pada sesetengah pihak, buruk pada pihak yang lain.
Umpamanya, dalam masyarakat feudal yang taat membuta tuli kepada sultan dan raja melayu akan menganggap Hang Tuah sebagai tokoh dan wira. Tindakannya menculik Tun Teja juga mungkin dipandang mulia. Namun dalam masyarakat yang merdeka dan bertamadun, Hang Tuah –jika benar watak seperti itu wujud dalam sejarah- akan ditafsirkan sebagai manusia berjiwa hamba, dangkal, tiada bermaruah dan tidak berprinsip. Perbezaan nilai, membezakan tafsiran.
Apa pun seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah hendaklah akur kepada firman Allah dalam Surah al-Nisa 135: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu..”.
Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan


Pembunuhan ganas yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin amat memilukan. Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam atau ukhuwwah islamiyyah kita, bahkan ia mencemar dan mengotori nilai kemanusiaan sejagat.

Ketika artikel ini ditulis sudah hampir 400 rakyat Gaza yang dibunuh kejam. Di mana Amerika yang kononnya berjuang memerangi pengganas? Pelindung Israel tersebut pantang ada kegiatan yang dianggap ganas yang dilakukan mereka yang mendakwa muslim terus sahaja dia akan besar-besarkan dan tindakan memeranginya secara membabi buta akan dilancarkannya.

Namun setiap kali Israel melakukan keganasan, dialah yang akan mempertahankannya. Tidak jika Amerika itu digelar syaitan. Bahkan ketika Gaza diserang ganas oleh Israel ketika ini, Bush mengistiharkan HAMAS itulah pengganas. Malanglah umat Islam jika masih ingin mengharapkan dari Amerika.
palestin1.jpg
Demokrasi yang kononnya hendak dijuarai oleh Amerika di dunia Arab hanyalah permainan politik semata. Umpamanya Mesir, sekalipun tampuk kuasa yang ada pada hari ini meminggirkan demokrasi dan mengkhianatinya, namun tampuk tersebut terus dipertahankan oleh Amerika disebabkan berbagai kepentingannya.
Antaranya, Mesirlah pada hari ini yang menghalang kemasukan bantuan melalui sempadannya dengan Palestin. Sukar bagi syaitan berwatak malaikat. Saya tidak pasti dengan lobi Yahudi yang kuat dalam politik Amerika, apakah Obama akan mampu berbuat sesuatu?
Beberapa hari saya menyertai demontrasi membantah kekejaman Israel di hadapan Kedutaan Israel di London. Bersama saya Saudara Maszlee Malik yang sedang menyiapkan Ph.D di sini. Beliau banyak menulis dan membabitkan diri dalam isu-isu Palestin. Juga Saudara Wan Saiful Wan Jan, orang melayu yang aktif dalam politik British dan menjadi calon Parti Liberal Konservatif di UK ini.
Ramai yang menyertainya. Bukan sahaja orang Islam dan Arab, turut sertai juga mereka yang bukan muslim yang terdiri daripada ‘orang putih dan tidak putih’ UK ini. Dato’ Seri Shahidan Kassim yang sekali lagi datang ke London juga turut hadir.
Selama seminggu demonstasi berjalan di London. Bukan sahaja di hadapan Kedutaan Israel, orang ramai turut berdemontrasi di hadapan Kedutaan Mesir kerana negara tersebut menutup sempadannya untuk bekalan makanan dan ubatan disalurkan kepada rakyat Palestin.
Hari Sabtu (hari artikel ini ditulis) demontrasi besar di seluruh London akan diadakan. Bantahan dibuat untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Ia melepasi batasan kepuakan atau kepartian yang sempit. Jika sesiapa yang hendak membantah Israel pun masih nak kempen parti, ternyata otaknya sama dengan Israel.
Demonstrasi sebegini, mempunyai peranannya yang tersendiri. Saya juga mengharapkan umat Islam dan masyarakat dunia mengadakannya. Ya, bagi umat Islam sepatutnya tugasan kita lebih besar daripada sekadar tunjuk perasaan. Kita diwajibkan membantu saudara seislam kita yang ditindas atau dikejami dengan harta dan nyawa kita.
Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).
Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H):
“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).
Namun atas kekangan keadaan yang ada. Ramai para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada kehendak Amerika, lalu mereka menjadi pelindung secara langsung atau tidak langsung kepada Israel. Lihat sahaja Mesir yang sanggup menutup sempadannya sehingga bantuan makanan dan ubatan tidak dapat sampai kepada rakyat Palestin, sehingga rakyat Palestin tidak dapat melepaskan diri kekejaman Israel.
Kita umat Islam menjadi umat yang tidak terdaya. Bukan sahaja bertindak, bahkan bersuara pun ramai yang takut. Tidak ramai pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad yang lantang dan berani untuk mengkritik dan berusaha membantah Amerika dan Israel. Ramai yang lain bergantung rahmat kepada Amerika. Bahkan bukan sedikit yang sedang ‘mengidam kerusi kuasa’ bertawakal harap dari Amerika.
Maka, di saat ini, sekurang-kurangnya demontrasi, atau apa sahaja bantahan yang tidak bercanggahan dengan Islam hendaklah dilakukan oleh umat Islam yang tidak berkemampuan. Demikian juga bantuan kewangan. Di Malaysia, sepatutnya mereka yang memegang tampuk-tampuk pentadbiran agama, sama ada yang berada di atas kerusi politik, atau istana perlu menjadi kelompok yang paling lantang membantah dan menghulurkan bantuan.
Saya terharu ketika berjumpa dengan sekumpulan wanita British yang tidak beragama Islam, mengikat serban Palestin di tengkok mereka dan memberitahu kami mereka akan mengambil cuti seminggu untuk menyertai bantahan terhadap Israel. Mereka mengedarkan risalah tentang kekejaman Israel.
Malanglah, jika yang mereka yang seperti ini membantah Israel, tetapi golongan yang diberikan amanah menjaga agama tenggelam dalam keempukan takhta dan membisu seribu bahasa. Di mana pula Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini? Tidak adakah fatwa tentang apakah kewajiban umat Islam dalam isu Palestin? Setelah berletihan dengan isu yoga dan pengkid, tidakkah mahu difikirkan isu Palestin pula?
Jika tidak, malanglah bagi umat Islam yang terdedah kepada dunia berita dan maklumat, tiba-tiba tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab muslim membela saudara-mara kita kaum muslimin. Sabda Nabi s.a.w:
“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)
Islam bersikap adil. Islam tidak pernah menyatakan setiap mereka yang tidak menganut Islam itu adalah musuh Islam. Demonstrasi di seluruh dunia pada hari ini turut dilakukan oleh mereka yang bukan Islam. Islam hanya bermusuh dengan mereka yang melancarkan permusuhan dan kezaliman kepada umat Islam. Samada permusuhan itu atas kebencian kepada agama ini, atau atas sikap yang ingin menzalimi orang lain.
Kemudian, Islam tidak menerima dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. Orang lain membantah atas dasar kemanusiaan.
Jika mereka yang bukan Islam dizalimi, kita tetap akan membantah atas dasar Islam dan kemanusiaan. Ini kerana prinsip Islam merangkumi prinsip kemanusiaan sejagat. Namun jika ada yang langsung tidak membantah, maka dia tiada prinsip Islam dan prinsip kemanusiaan.

Hitler itu mungkin ada benarnya.


oleh Dr Asri
Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.
Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.
Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.
Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.
Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.
Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.
Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.
Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?
Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.
Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.
Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.
Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.
Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.
Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.
Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.
Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.
Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.
Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.
Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.
Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.
Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:
“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).
Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

Friday, 13 July 2012

Masalah Ekonomi Membarah: Lagi Gambaran & Perspektif Islam

Bencana krisis kewangan di USA telah merebak ke negara lain sedikit demi sedikit, jika ia tidak berjaya dipulih, sedikit lagi setiap kita akan merasai pedihnya.
Sekali lagi saya akan cuba menerangkan secara ringkas dan agak mudah apa yang berlaku kepada industri perbankan di United Kingdom dan lainnya. Saya akan cuba membawa ringkasan fakta disusuli beberapa pandangan Islam. Sekali lagi saya ingatkan bahawa ini hanyalah sebuah artikel ringkas yang ditulis untuk kefahaman pembaca bukan di bidang ekonomi dan kewangan. Diharap tulisan ini dapat serba sedikit mengisi kekosongan ulasan ilmuan Islam di Malaysia dan seluruh dunia berkaitan krisis ekonomi dunia terkini.
Ia ditulis secara mudah sekadar memberi pembaca gambaran dan kesan serta pandangan Islamterutama berkenaan pengambilalihan (nationalization) bank komersial, pemotongan interest rate dan lain-lain.
BAIL OUT : DARI AMERIKA KE UNITED KINGDOM
Jika sebelum ini saya telah menulis berkenaan bailout USD 700 billion yang diperuntukkan oleh kerajaan US untuk menyelamatkan beberapa buah bank dan institusi kewangan di USA.
Krisis kelihatan semakin merebak di US dan kini mula merebak ke United Kingdom dan beberapa buah negara lain.
Manakala situasi di USA semakin menjunam apabila sebuah bank konvesnional riba bernama Washington Mutualyang asetnya bernilai USD307 bilion terpaksa ‘gulung tikar', ia dijual kepada syarikat gergasi JP Morgan dengan harga USD 1.9 bilion sahaja. Semalam (9 Oktober 08) diwartakan Saham di Amerika jatuh lagi ke tahap yang benar-benar teruk.
Di UK pula, HBOS iaitu salah sebuah institusi kewangan riba yang terbesar turut jatuh terlungkup. Mereka dibeli oleh Lloyds TSB.
Jatuh itu maksudnya, sama ada dibeli oleh bank lain ataupun dibeli oleh kerajaan melalui proses bailout. Itulah yang dinamakan ‘nationalization'.
BAIL OUT OLEH UK
UK Prime Minister Gordon Brown mengumumkan peruntukan £50bn (USD 88bn) untuk memilik negara sebahagian daripada kepentingan ekuiti dalam lapan bank utama negara itu, yang antaranya ialah HBOS, Lloyds TSB, Standard Chartered, Abbey dan Nationwide Building Society.
Apa sudah jadi

Kerajaan UK juga, melalui Bank Of England dalam skim yang dinamakan "special liquidity scheme", menawarkan pinjaman jangka pendek sebanyak £200bn (USD 350bn) khas untuk memberi pinjaman kepada mana-mana bank yang memerlukan kecairan (tunai) segera untuk menyelesaikan masalah Mortgage Backed Securities (MBS) yang bermasalah terutamanya seperti Royal Bank of Scotland.
Selain itu, kerajaan UK juga menyediakan jaminan untuk setiap pinjaman jangka pendek dan sederhana untuk tempoh 3 tahun. Jaminan ini dianggarkan akan menelan kos sebanyak £250 billion.
Semua tiga cara kerajaan UK ini menjadikan jumlah bailout dari UK bernilai £ 500 billion.! Rujuk
Lagi institusi kewangan lain di UK yang bakal di jadikan milik kerajaan adalah Bradford & Bingley (B&B).Kerajaan akan mengambil kawalan ke atas beban pinjaman institusi berkenaan yang bernilai sebanyak £50 billion,  manakala bahagian simpanan dan cawangannya yang bernilai £20 billion pula akan  dibeli oleh sebuah syarikat Sepanyol
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN 'NATIONALIZATION'
Apabila bank-bank komersial di nasionalisasikan ini bermakna ia telah menjadi sebahagian daripada institusi kerajaan dan bukan lagi sebuah syarikat swasta.
Pihak yang berfahaman ‘sosialis' amat sukakan proses nasionalisasi ini, bagi mereka semua pengeluaran, pengagihan dan harta di dalam negara sepatutnya di miliki dan dipegang oleh kerajaan bagi pihak rakyat.
Sistem ekonomi Islam tidak sependapat dengan fahaman ekonomi sosialis yang terlalu ingin meng'kerajaan' segala-galanya.
Islam juga tidak bersetuju dengan cara ekonomi kapitalis yang terlalu membuka peluang begitu luas sehingga menjadikan untung sebagai fokus dan segala-galanya dalam dunia perniagaan dan kehidupan. Islam boleh dikatakan berada di pertengahan, ada perkara yang perlu di'kerajaan'kan dan ada yang tidak.
Islam juga membenarkan pencarian untung dalam dunia perniagaan namun ia mempunyai tanggungjawab dan limitasi seperti kewajiban zakat, kebajikan, berniaga dalam lunas yang halal dan pelbagai lagi. Limitasi moral dan nilai ini amat longgar dan hampir tiada dalam dunia ekonomi kapitalis.
Justeru, membiarkan semua bank komersial riba yang mengalami kerugian akibat kelemahan pengurusan dan ketamakan, lalu dibayar dengan sejumlah amat besar wang rakyatnya melalui proses 'nasionalisasi'. Ia tidaklah boleh diterima oleh Islam.
Hasil dari nasionalisasi ini adalah berikut :-
a- Harta dan aset ; harta dan asset bank atau syarikat tersebut sudah menjadi harta dan aset kerajaan.
b- Halatuju : Kerajaan berkuasa untuk menentukan halatuju bank yang telah diambil alih (jika peratusan pemilikkannya adalah terbesar), sebahagiannya berpendapat dengan demikian, ia lebih selamat berbanding swasta.  
c- Kurang Risiko ; Ia lebih baik kerana kerajaan akan sentiasa berimbang dalam mengejar keuntungan berbanding swasta yang sentiasa ingin perbanyak untung serta lebih mengambil risiko.  
d- Suasana Kerja Lebih Mudah ; Suasana pekerjaan lebih baik kerana amat jarang kerajaan membuang pekerja berbanding swasta yang sentiasa menagih prestasi tinggi.  
e- Aset Utama dimiliki ; Aset berharga tinggi dan amat diperlukan (terutamanya key services) lebih selamat dari dijual kepada pihak asing, berbanding swasta yang sentiasa ingin menggandakan wang walaupun dengan menjualnya kepada pihak asing. Masalahnya, adakah perbankan komersial ini amat amat diperlukan?. Kerajaan masih boleh membantu peminjam melalui pelbagai cara lain.
Namun begitu kebanyakkan usahawan-usahawan yang wujud di dalam pasaran memandangnya sebagai satu tindakan yang boleh membawa negative kerana :-
1) Prestasi kerja akan menurun, demikian semua maklum akan tekanan kerja di bawah swasta dan kerajaan. Tahap kecekapan akan menurun, situasi selesa amat boleh membawa padah.
2) Kurangnya persaingan ; Menurut teori perniagaan, persaingan amat penting bagi mewujudkan pembangunan berkualiti.
3) Bertambah campurtangan politik ; Apabila sebuah syarikatr besar seperti bank komersial masuk dalam pemilikan kerajaan, campur tangan orang politik semakin mudah menyelinap dan akhirnya mewujudkan kelemahan keyakinan pelabur,
4) Menyuburkan sikap 'favoritism' dalam bisnes. Selepas ini sdudah tentu projek-projek besar kerajaan akan diberikan kepada syarikat di bawah naungannya atau yang unyai ikatan langsung dengannya. Hasilnya, syarikat swasta yang cekap kempunan dan kurang bisnes disebabkan asyik kalah tender dengan syarikat berkaitan kerajaan. Hal yang sama banyak berlaku di Malaysia.
5) Meningkatkan beban kerajaan yang telah sedia banyak ; Setiap hutang yang sedia ada dan pengurusannya kini di bawah tanggungjawab kerajaan.
6) Peluang pekerja semakin sukar ; Peluang para pekerja bank terbabit untuk naik atau naik gaji juga amat sukar apabila prose sini berlaku. Sebagaiman sukarnya kakitangan awam naik gaji dan pangkat, itu akan berlaku. Berbeza dengan swasta yang lebih responsif kepada kakitangan yang cemerlang dengan kepantasan peluang naik pangkat, gaji dan bonus. Ini bakal menyebabkan prestasi kerja menurun.
7) Kerajaan Hilang Fokus Kebajikan ; Semua hutang yang terhasil dan berbaki dari syarikat gergasi yang dinasionalisasi akan menjadi beban kerajaan. Ini bermakna ia menjadi beban semua rakyat. Tanpa pengurusan dan pendapatan yang baik, kerajaan akan menaikkan cukai. Bayangkan, bagaimana proses ini boleh beri kesan negatif kepada rakyat. Di United Kingdom, sudah tersebar analisa dari pelbagai pihak, PELBAGAI CUKAI AKAN DINAIKKAN akibat dari bail-out ini.!
Dalam Islam, nasionalisasi adalah amat diperlukan dalam sektor perkhidmatan utama seperti pengurusan air, makanan asasi seperti beras, eletrik, kesihatan dan lain-lain perkara asas bagi masyarakt. Ia penting bagi kerajaan mengawal harga dan kebajikan awam. Penswastaannya bakal membawa beban keapda rakyat ramai akibat harganya yang pasti meningkat kerana target sesebuah syarikat swasta adalah UNTUNG. Kerajaan tidak sewajarnya mempunyai target sebegitu sebagai sasaran utamanya.
Namun nasionalisasi dalam bidang komersial dan bisnes yang bukan TERDIRI DARI PERKARA asasi adalah tidak digalakkan di dalam Islam bagi mengawal hal negatif yang dinayatakan di atas.
ADAKAH BANK ANDA SELAMAT?
Cuba anda lihat saham bank anda di papan bursa saham, jika anda dapati sahamnya sedang jatuh dan terus jatuh, itu bukti kesannya semakin hampir dengan anda, termasuk juga saya.
Sebagai contoh, cuba anda lihat betapa teruknya saham Merrill Lynch jatuh,
 merill
Rajah : Saham Merril lynch
Lihat pula apa berlaku kepada saham Bank Bradford & Bingley yang akhirnya akan ambil alih oleh kerajaan.
     crunch
Rajah : Kejatuhan Saham Bank Bradford & Bingley (8 Okt 08)
Macam mana mengaitkan saham dengan masalah bank ?
Saya teringat seorang kenalan saya yang merupakan seorang jutawan melayu muslim yang hebat, founder kepada sebuah syarikat di papan utama bursa saham KL. Beliau pernah berkata apabila melihat screen naik turun harga saham:-
Apabila saham syarikatnya atau syarikat-syarikat yang dilaburinya naik dan turun,
"Bila naik sahaja, terus terasa kaya (walaupun itu baru merupakan untung atas kertas), namun apabila jatuh terasa demam dan miskin"
Secara mudah faham, harga saham itu menunjukkan nilai atau value sesebuah syarikat atau bank. Jika ia jatuh, bermakna nilai bank dan syarikat turut jatuh dan terkesan, dividen yang mampu diberikan kepada pelaburnya juga mengecut. Nilai bank itu mengecil dan keyakinan pelabur termasuk penyimpan juga pasti jatuh. Akhirnya, semakin ramai menjual sahamnya dan mengeluarkan simpanannya. Ini akan mengecilkan kemampuan bank ini untuk memperolehi tunai. Tanpa wang sebegini bank tidak mampu memberi pinjaman kepada pemohonan, tanpa pemberian pinjam, bank akan gagal memperolehi untung.
Keadaan ini boleh menyebabkan kegoncangan kepada pengurusan bank dan akhirnya pengurusan credit bank akan menjadi kurang yakin untuk memberikan pinjaman ( kerana wang mereka juga sudah mengecil), malah jika mereka beri sekalipun, nescaya akan dipilih pelanggan yang benar-benar kukuh sahaja.
Selain itu, kesan dari kejatuhan nilai saham sesebuah syarikat yang tersenarai juga adalah ;
'rating' yang diberikan kepada mereka oleh 'Rating Agency' akan turut akan jatuh, sebagai contoh pada 9 Oktober 2008, saham JP Morgan jatuh dan sekaligus menyebabkan agensi rating menyemak semula rating asalnya,
apa yang berlaku jika rating mereka jatuh?. Ini bermakna, setiap permohonan pinjaman kepada bank selepas ini akan dikenakan kadar faedah (interest) yang lebih tinggi. Itulah sifir perbankan, lagi berwibawa status kewangan anda, lagi murah anda boleh dapat, namun apabila anda jatuh wibawa, rate tinggi bakal menjelma.
Mengapa demikian?. kerana risiko yang ditanggung oleh bank lebih besar.
Apabila sesebuah bank bermasalah, semua pendeposit akan menghadapi masalah, contohnya salah sebuah bank yang terbesar di Iceland yang punyai banyak cawangan di UK jatuh lingkup. Dalam masa yang sama, pelbagai pihak kerajaan tempatan di UK dan polis menyimpan wang mereka dan melabur dalam bank tersebut, dianggarkan nilainya lebih £900 juta. Kini semua sektor awam yang terlibat sudah bimbang kerana terdapat kemungkinan wang mereka akan hangus bersama keruntuhan bank tersebut.
Laporan BBC menyebut :
So far more than 100 local authorities in England, Wales and Scotland have revealed that they have deposits worth £842.5m in total.
The figure is £946.8m when investments by police authorities and Transport for London are added.
Bayangkan jika jumlah sebesar itu hangus begitu sahaja. Berita Lanjut.
Justeru, mana-mana syarikat besar, unit saham amanah, sektor awam di Malaysia yang ada menyimpan wang dan melabur di bank-bank besar di luar negara. Masalah bakal sampai kepada mereka dan akhirnya sampai kepada seluruh rakyat Malaysia.
‘CREDIT CRUNCH' : APA BENDA TU?
Pihak bank berbuat demikian kerana bimbang akan tahap kemampuan kecairan dan kewangan mereka. Apabila ini berlaku, pihak bank juga akan semakin kurang membuat inter bank money market (penjelasan : biasanya pihak bank akan bertukar-rukar pinjam dan memberi pinjaman riba secara jangka pendek antara satu sama lain, semuanya bertujuan untuk mendpaat untung atau menguruskan kewujudan aliran tunai bank masing-masing, inilah definisi mudah interbank money market),
Kelembapan interbank money market ini atas sebab kurang yakin mereka dengan keadaan tida menentu ekonomi dan bimbang kerugian, pihak bank hanya akan luluskan pinjaman atau pembiayaan dengan kos yang lebih tinggi dan penilaian yang lebih ketat. Ini yang dinamakan dinamakan ‘Credit Crunch' atau keruntuhan kredit, dan inilah yang sedang berlaku SEKARANG hampir di seluruh dunia bermula di USA dan merebak ke UK.
Antara sebab Kerajaan UK menyuntik berbillion pound tadi adalah juga dengan harapan agar pihak bank kembali melaksanakan kebiasaan interbank money market ini.
Pandangan Islam terhadap money market, kebanyakkan instrument yang wujud dalam money market ini adalahharam menurut ulama sedunia. Namun demikian dalam sistem perbankan Islam dan di Malaysia terutamanya, mereka mempunyai instrumen tersendiri dalam melaksanakan fungsi money market ini dan ia telah disahkan halal oleh Majlis Shariah Bank Negara Malaysia.  
Kembali kepada isu ‘credit crunch'; kesan negatif dari credit crunch adalah semua industri pembuatan, perkilangan dan lain-lain industri perniagaan yang sentiasa memerlukan injeksi tunai akan terjejas kerana kesempitan tunai dan ‘cash flow' (aliran tunai) yang tidak stabil, ringkasnya, mereka akan kekeringan wang untuk operasi mereka.
Kesan selanjutnya adalah pembuangan pekerja dan tiada kenaikan gaji atau bonus. Kesan dari itu, pekerja dan orang ramai akan gagal membayar pinjaman perumahan, kereta, kad kredit mereka dan lain-lain hutang. Bank akan menderita akibat peratusan gagal bayar hutang meningkat dan memaksa sesebuah bank gulung tikar atau dibeli oleh kerajaan. Bank riba juga menderita apabila TELAH MENJANJIKAN interest kepada seluruh pelabur di fixed depositmereka dan akaun-akaun mereka. Ini mempercepatkan lagi runtuhnya bank ini.
Lantaran dari itu, ia akan menjadi semakin tenat dan memberi kesan kepada seluruh bank-bank lain yang berurusan dengannya, tatkala itu terpaksalah ia diambil alih oleh kerajaan dalam proses bail-out.
Sekali lagi saya ulangi, apabila sesebuah bank komersial diambil alih oleh pihak kerajaan iaitu secara injeksi tunai melalui pembelian saham bank terbabit, ini dinamakan ‘nationalized'. Kebaikan dan kelemahannya telah saya sebutkan di atas.
Inilah yang berlaku kepada semua firma yang di cop ‘nationalized' dalam gambar rajah di bawah.
ditimpa musibah
Gambar : Beberapa syarikat gergasi yang terlibat
Pembuangan pekerja bukan sahaja akan berlaku dalam industri pembuatan malah juga akan dan telah berlaku dalam industri perbankan. Sebagai contoh UBS Switzerland bank telah membuang 2000 orang pekerjanya akibat dari kesan ini.
KADAR FAEDAH DIKURANG O.5 % & PANDANGAN ISLAM
Apa maksud ini?, keputusan telah dibuat negara-negara terbabit untuk mengurangkan kadar faedah (interest) sebanyak 0.5 %.
Dari sudut pandang ekonomi tulen, ia adalah satu langkah yang ada kebaikannya dalam menyelesaikan maslaah ekonomi semasa kini.
Hasil dari pengurangan ini mereka mengharapkan agar peminjam-peminjam mampu membayar hutang mereka kepada bank dengan lebih efisyen dan akhirnya akan mampu memulihkan masalah hutang tertunggak dan kekurangan aliran tunai bank.
Institusi kewangan di UK telah mengurangkan kadar dari 7% kepada 6.5%. Bank pusat China juga mengurangkan kadar riba sebanyak 0.27 % kepada 6.93%. Demikian juga tindakan oleh US Federal Reserve, European Central Bank (ECB), Bank of England, and the central banks of Canada, Sweden and Switzerland yang mana semua mereka membuat potongan riba secara kecemasan. Jepun tidak menurunkannya kerana dikatakan kadar yang sedia ada telah pun rendah.
Pakar mengatakan, jika lebih banyak bank pusat mengambil keputusan penurunan kadar faedah, ia lebih baik. Jika tidak ia hanya dilakukan oleh sesebuah bank pusat, ia sudah tentu akan menganggu nilai matawang negara berkenaan.
Pasaran sedang memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk mengambil langkah bersama seperti menurunkan kadar faedah pada Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Dunia di Washington pada Jumaat ini (10 Okt 2008).
Penurunan kadar faedah ini dijangka boleh memberikan sedikit kelegaan kepada peminjam hutang rumah yang semakin tenat. Kesannya, bayaran bulanan hutang rumah kepada bank akan berkurangan dari biasa. Jika di UK sebagai contoh, katalah anda sedang punyai hutang rumah sekitar GBP 150,000, maka bayaran hutang bulanan kepada bank dijanka berkurangan sedikit sebanyak GBP 47 sebulan.
Ketua Analisa ekonomi Antarabangsa di Capital berpendapat pemotongan ini hanya mampu memberikan kesan sementara untuk pemulihan keyakinan pelabur, namun ia belum mencukupi selagi tida diubah seluruh sistem ekonomi. 
PANDANGAN ISLAM BERKENAAN 'INTEREST RATE CUT'
Jikalah ia sebuah Islamic Bank, proses memberikan diskaun atau melepaskan sebahagian beban daripada orang berhutang yang tidak punyai kemampuan adalah tepat dan amat baik. Ia bertepatan dengan firman Allah :-
وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : Dan sekiranya mereka (yang berhutang) itu berada di dalam kesukaran, kamu berilah mereka tangguh sehingga mereka senang, dan jika kamu bersedeqah (beri diskaun termasuk dalam sedeqah) itu adalah lebih baik"  ( Al-Baqara : 280)
Namun dalam kes kadar faedah diturunkan ini, tiada banyak pujian boleh kita berikan juga kerana semuanya adalah riba riba riba. Sebagaimana saya tidak boleh memuji jiika harga rokok dan arak diturunkan, demikian juga saya tidak boleh memuji kadar riba diturunkan.
Kita hanya boleh memuji jika ia dibuang terus dan diganti dengan sistem tanpa riba.
Menurut pakar, walaupun kadar faedah bagi pinjaman perumahan diturunkan, pihak bank akan masih tertekan. Menurut hukum asalnya, dalam keadaan credit crunch, pihak bank sangat ingin menaikkan iinterest rate dan bukannay menurunkannya kerana setiap dollar, pound atau ringgit yang dipinjamkan kepada peminjam sepatutnya menghasilkan lebih banyak 'interest' disebabkan wang tunai yang sukar diperolehi.
Apabila tiada jalan lain untuk memulihkan keyakinan pasaran terhadap industri bank, mereka terpaksa dalam derita setuju dengan potongan kadar faedah.
Namun demikian, mereka pasti cuba menghasilkan untung dari sektor yang lain. Justeru, pakar ekonomi menjangkakan peminjam-peminjam dari sektor Indstri Kecil dan Sederhana dan semua pinjaman korporat akan ditekan dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Yang turun adalah pinjaman perumahan dari orang ramai,  pinjaman syarikat bagi perniagaan belum tentu lagi.
Kesannya adalah 'back to square one', iaitu perniagaan sukar mendapat kelulusan dan akhirnya memberi kesan kepada perkembangan industri dan pembuangan pekerja akan berlaku. Hari ini berita Wales, memaklumkan beribu-ribu pekerja sektor perbankan dan lain-lain mula dibuang kerja.
Saya juga tidak dapat nafikan, pemotongan ini beri sedikit kesan buruk kepad aperbankan Islam yang kebanyakkannya menggunakan 'fixed rate' disebabkan oleh aqad jual beli sama ada Bai Bithaman Ajil (BBA) atau Murabahah yang mereka gunakan. Kecualilah jika mereka menggunakan produk BBA dengan kadar variable melalui sistem ibra' (rebate).
Produk pembiayan peruamahan yang menggunakan aqad Musharakah Mutanaqisah dan Ijarah Thumma Al-Bai tiada menghadapi sebarang masalah dalam isu potongan interest rate ini, mereka juga mampu menawarkan diskuan yang kompetetif buat pelanggannya. Semunya halal. InshaAllah.
LAIN-LAIN KESAN SECARA RINGKAS
Lain-lain kesan dari keadaan ekonomi yang runcing dan tidak menentu ini adalah :-
1) HARGA MINYAK
Dijangka akan jatuh kerana pasraan bimbang dan tida pasti samada pemrintaan minyak akan meingkat atau turun di musim kejautah ekonomi. Setakat 8 Oktober 2008, harga minyak telah jatuh lebih 40 % dari USD 150 kepada USD 87.15 per barrel. Ia adalah yang melegakan di musim krisis ekonomi.
2) KEJATUHAN PASARAN SAHAM SEDUNIA
Menurut fakta pada 7 Oktober 2008 :-
  • Pasaran saham UK, FTSE 100 index jatuh 7.1% kepada 4,278.
  • Germany's DAX index is trading down 6.1%.
  • Singapore's main Straits Times Index closes 6.61%, or 143.94 points, lower at 2,033.61,
  • Australia's All-Ords index closes down 228.1 points, or 4.96%, at 4,369.8, a day after rallying in response to a 1 percentage point interest rate cut by the central bank.
  • Hong Kong's main Hang Seng index closes down 1,372.03 points, or 8.17%, at 15,431.73
  • France's CAC 40 jatuh 8.18% to 3,426, tahap terendah sejak December 2003.
  • Russia's Micex exchange announces it is suspending trading until Friday after the index drops more than 14% in the first half-hour of trading
  • Japan's Nikkei 225 index ditutup pada 952.58 mata, or 9.4%, pada 9,203.32 - merupakan kejatuhan terbesar dalama sehari dalam tempoh 21 tahun. Perdana Menteri Jepun, Taro Aso berkata pada hari Rabu lalu pasaran saham Nikkei 225 jauth lebih 10% dan mengatakan "ia adalah diluar imiginasi kami", ia mendakwa terdapat kebimbangan luar biasa terhadap ekonomi negaranya.
  • India  : India's benchmark Sensex index sinks by 5.3% as fears of a global recession mount.
  • Indonesia : Trading is suspended for a day on the Indonesia Stock Exchange due to "irregularities" after the benchmark JSX index sank 10.4%, or 168.1 points
  • Malaysia ; Pada 7 Oktober 2008; Indeks komposit Malaysia jatuh 2.71% kepada 970.19 dengan 605 kaunter syarikat mengalami kerugian berbanding 117 yang beroleh untung
Namun pada 8 Oktober, setelah interest rate di potong 0.5 %, beberapa pasaran saham menunjukkan sedikit reaksi positif dengan beberapa kenaikan.
Kejatuhan ini akan beri kesan kepada semua orang-orang kaya yang punyai saham di bursa saham negara masing-masing. Mungkin ada si kaya yang bakal jatuh sakit jantung akibat kejatuhan nilai sahamnya.
Adapun orang kelas sederhana mungkin waktu terbaik buat mereka untuk membeli saham dengan harga murah dengan harapan dan analisa bahawa nilai saham itu akan naik semula inshaALlah dan keuntungan boleh diperoleh.
Bagi orang kurang bernasib baik dan miskin yang tidak punyai satu lot atau unit saham, mereka tidak merasa sebarang kerugian kecuali jika syarikat yang jatuh sahamnya itu terpaksa membuang pekerja. Tatkala itu, masalah besar akan dirasai.
3)  HARGA DAN NILAI RUMAH JATUH
Masalah kewangan yang sedang kita bentangkan ini juga memberi kesan langsung kepada harga atau nilai rumah di UK, demikian juga di Amerika. Dilaporkan bahawa harga nilai rumah jatuh house 1.3% dalam bulan September.
Industri perbankan meramalkan kejatuhan nilai itu beerti kejatuhan nilai tahunan sebanyak 12.4%,
Penganalis di UK meramalkan nilai harga rumah akan jatuh ke paras maksimum iaitu 15% bulan depan.
Begitulah serba ringkas bagaimana merebaknya krisis ekonomi US yang sudah menjadi krisi ekonomi dunia. Demikian juga beberapa pandangan Islam yang sempat saya coretkan untuk pengetahuan pembaca.
Inflasi di UK juga bertambah meningkat, ia semakin membimbangkan.
uk 
Rajah : Inflasi di United Kingdom
4) HARGA EMAS NAIK
Harga emas turut menjadi bertambah baik kesan dari krisis, ia kerana nilai emas yang diyakini dapat bertahan dalam kejatuhan nilai matawang sesebuah negara terutama USD.
emas dan minyak
AKHIRNYA 
Semoga ada manfaatnya artikel ini dalam usaha memberikan gambaran ringkas dan mudah tentang apa yang berlaku dan bagaimana perspektif Islam secara ringkas.
Harapan saya artikel ini mampu memberikan sedikit kelompongan ulasan dari ilmuan Islam berkenaan krisis ekonomi yang sedang terjadi di sekeliling kita.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
9 Oktober 2008
10 Syawwal 1429 H
Wales, United Kingdom
__________________________________________________________________________________________________ 
Berikut adalah beberapa glosari istilah kewangan yang mudah di dalam bahasa Inggeris.
A-C
Administration
A rescue mechanism for UK companies in severe trouble. It allows them to continue as a going concern, under supervision, effectively to try to trade out of difficulty.
A firm in administration cannot be wound up without permission from a court.
Assets
Things that have earning power or some other value to their owner.
Fixed assets (also known as long-term assets) are things that have a useful life of more than one year, for example buildings and machinery; there are also intangible fixed assets, like the good reputation of a company or brand.
Current assets are the things that can easily be turned into cash and are expected to be sold or used up in the near future.
Bear market
In a bear market, prices are falling and investors, anticipating losses, tend to sell. This can create a self-sustaining downward spiral.
Bond
A debt security - or more simply an IOU. The bond states when a loan must be repaid and what interest the borrower (issuer) must pay to the holder. Banks and investors buy and trade bonds.
Bull market
A bull market is one in which prices are generally rising and investor confidence is high.
Chapter 11
The term for bankruptcy protection in the US. It postpones a company's obligations to its creditors, giving it time to reorganise its debts or sell parts of the business, for example.
Collateralised debt obligations (CDOs)
A collateralised debt obligation is a financial structure that groups individual loans, bonds or assets in a portfolio, which can then be traded.
In theory, CDOs attract a stronger credit rating than individual assets due to the risk being more diversified. But as the performance of some assets has fallen, the value of many CDOs have also been reduced.
Commercial paper
Unsecured, short-term loans issued by companies. The funds are typically used for working capital, rather than fixed assets such as a new building.
Commodities
Commodities are products that, in their basic form, are all the same so it makes little difference from whom you buy them.
That means that they have a market price. You would be unlikely to pay more for iron ore from a particular mine, for example.
Credit crunch
The situation created when banks hugely reduced their lending to each other because they were uncertain about how much money they had.
This in turn resulted in more expensive loans and mortgages for ordinary people.
Credit default swap
A swap designed to transfer credit risk. The buyer of the swap makes periodic payments to the seller in return for protection in the event of a default.
A bank which owns a lot of mortgage debt could swap it, but would have to make a pay-out if those mortgages were not repaid.
D-F
Dead cat bounce
A phrase long used on trading floors to describe a short-lived recovery of share prices in a falling stock market.
Derivatives
Derivatives are a way of investing in a particular product or security without having to own it. The value can depend on anything from the price of coffee to interest rates or what the weather is like.
Derivatives can be used as insurance to limit the risk of a particular investment.
Credit derivatives are based on the risk of borrowers defaulting on their loans, such as mortgages.
Equity
In a business, equity is how much all of the shares put together are worth.
In a house, your equity is the amount your house is worth minus the amount of mortgage debt that is outstanding on it.
Fundamentals
Fundamentals determine a company, currency or security's value. A company's fundamentals include its assets, debt, revenue, earnings and growth.
Futures
A futures contract is an agreement to buy or sell a commodity at a predetermined date and price. It could be used to hedge or to speculate on the price of the commodity.
H-K
Hedge fund
A private investment fund with a large, unregulated pool of capital and very experienced investors.
Hedge funds use a range of sophisticated strategies to maximise returns - including hedging, leveraging and derivatives trading.
Hedging
Making an investment to reduce the risk of price fluctuations to the value of an asset.
For example, if you owned a stock and then sold a futures contract agreeing to sell your stock on a particular date at a set price. A fall in price would not harm you - but nor would you benefit from any rise.
Investment bank
Investment banks provide financial services for governments, companies or extremely rich individuals. They differ from commercial banks where you have your savings or your mortgage.
L-P
Leveraging
Leveraging, or gearing, means using debt to supplement investment.
The more you borrow on top of the funds (or equity) you already have, the more highly leveraged you are. Leveraging can maximise both gains and losses.
Deleveraging means reducing the amount you are borrowing.
Libor
London Inter Bank Offered Rate. The rate at which banks lend money to each other.
Limited liability
Confines an investor's loss in a business to the amount of capital they invested. If a person invests £100,000 in a company and it goes under, they will lose only their investment and not more.
Liquidity
The liquidity of something is how easy it is to convert it into cash. Your current account, for example, is more liquid than your house.
If you needed to sell your house quickly to pay bills you would have drop the price substantially to get a sale.
Loans to deposit ratio
For financial institutions, the sum of their loans divided by the sum of their deposits.
Currently important because using other sources to fund lending is getting more expensive.
Mark-to-market
Recording the value of an asset on a daily basis according to current market prices.
So for a futures contract, what it would be worth if realised today rather than at the specified future date. Alsomarked-to-market.
Mortgage-backed securities
These are securities made up of mortgage debt or a collection of mortgages. Banks repackage debt from a number of mortgages which can be traded. Selling mortgages off frees up funds to lend to more homeowners. Seesecurities.
Nationalisation
The act of bringing an industry or assets like land and property under state control.
Negative equity
Refers to a situation in which the value of your house is below the amount of the mortgage that still has to be paid off.
Profit warning
When a company issues a statement indicating that its profits will not be as high as it had expected. Also profits warning.
R-T
Rating
Bonds are rated according to their safety from an investment standpoint - based on the ability of the company or government that has issued it to repay.
Ratings range from AAA, the safest, down to D, a company that has already defaulted.
Recapitalisation
To inject fresh money into a firm, thus reducing the debts of a company.
For example, when a government intervenes to recapitalise a bank, it might give cash in exchange for some form of guarantee, such as a stake in the company. Taxpayers can then benefit if the bank recovers.
Recession
A period of negative economic growth.
In most parts of the world a recession is technically defined as two consecutive quarters of negative economic growth - when real output falls.
In the United States, a larger number of factors are taken into account, like job creation and manufacturing activity. However, this means that a US recession can usually only be defined when it is already over.
Securities lending
Security lending is when one broker or dealer lends a security to another for a fee. This is the process that allowsshort selling.
Securitisation
Turning something into a security. For example, taking the debt from a number of mortgages and combining them to make a financial product which can then be traded.
Banks who buy these securities receive income when the original home-buyers make their mortgage payments.
Security
Essentially, a contract that can be assigned a value and traded. It could be a stock, bond or mortgage debt, for example.
Short selling
A technique used by investors who think the price of an asset, such as shares, currencies or oil contracts, will fall. They borrow the asset from another investor and then sell it in the relevant market.
The aim is to buy back the asset at a lower price and return it to its owner, pocketing the difference. Also shorting.
Spiv
A term popularised in World War II for flashily-dressed chancers involved in black market dealings. A fictional spiv is ladies' man Private Joe Walker in Dad's Army.
Newspaper headline writers use "spiv" as shorthand for traders who play for high stakes.
Stagflation
The dreaded combination of inflation and stagnation - an economy that is not growing while prices continue to rise.
Sub-prime mortgages
These carry a higher risk to the lender (and therefore tend to be at higher interest rates) because they are offered to people who have had financial problems or who have low or unpredictable incomes.
Swap
An exchange of securities between two parties. For example, if a firm in one country has a lower fixed interest rate and one in another country has a lower floating interest rate, an interest rate swap could be mutually beneficial.
Toxic debts
Debts that are very unlikely to be recovered from borrowers. Most lenders expect that some customers cannot repay; toxic debt describes a whole package of loans where it is now unlikely that it will be repaid.



re on diggShare on twitter