Jika dilihat hari demi hari, penggunaan media sosial sebagai alat
perhubungan merupakan satu penyakit dalam masyarakat kita. Kita lebih
suka berhubung menggunakan media sosial daripada bertemu dengan mereka
yang sebenar. Selain itu, media sosial juga dijadikan sebagai alat
perhubungan antara penulis blog dengan pembacanya. Dan bagi kebanyakan
orang, Facebook merupakan alat komunikasi yang agak berkesan yang ada
sejak ianya mula dibina pada tahun 2004.
Kaitan Antara Facebook, CIA dan Amerika Syarikat
CIA bertanggungjawab memeriksa setiap mesej yang dihantar melalui
Facebook yang mengandungi maklumat yang disebarkan secara rahsia?
Faacebook merupakan satu laman yang sangat diminati oleh CIA dimana
CIA sanggup melakukan apa sahaja asalkan maklumat dalam Facebook dapat
ke tangan mereka. Kita boleh lihat sendiri apa yang CIA lakukan untuk
mendapatkan maklumat seperti alamat email, alamat rumah, gambar rakan
dan apa-apa info tentang diri kita.
Facebook juga mengumpul informasi tentang diri kita daripada sumber
lain. Foursquare yang kita sambungkan pada Facebook. Twitter dan
bermacam-macam lagi. Tidak lupa juga rakan-rakan kita yang telah tagkan
gambar kita pada Facebook. Lokasi anda pada masa-masa tertentu apabila
anda check-in.
Dengan menggunakan Facebook, kita telah bersetuju bahawa segala data peribadi kita akan dihantar kepada pihak Amerika Syarikat.
Selain itu, bagi mereka yang pernah mencipta sistem, pasti akan
mengetahui apa yang dapat dilakukan oleh pencipta sistem tersebut. Semua
data dapat diakses penuh oleh orang yang membina sistem. Bagi Mark
Zuckerberg, tekan sahaja papan kekunci di hadapan, terus semua data anda
akan dipaparkan bermula daripada anda menggunakan Facebook walaupun
mungkin apa yang telah anda padam. Jangan terkejut kerana aku juga
pernah membina sistem. Walaupun tidak elok, tetapi aku tahu apakah kuasa
yang dipegang oleh seseorang yang berpangkat Super Administrator.
Facebook dapat mengumpulkan data peribadi anda selain daripada laman
profile anda, mereka mendapat apa yang anda telah cakapkan dan apa yang
anda telah pertuturkan. Interaksi anda melalui blog, laman Facebook yang
lain, laman artis kegemaran, group, permainan yang anda mainkan di
Facebook dan sebagainya dapat digunakan untuk melengkapkan profile anda.
Selepas Facebook dicipta oleh Mark Zuckerberg, ianya dikira sebagai
satu projek yang sangat berjaya. Dengan kejayaan itu, bekas CEO Paypal
iaitu Peter Thiel telah melaburkan sebanyak US$500,000 kepada Facebook.
Dengan itu, Facebook mula bertakhta dan menunjukkan belangnya.
Kemudiannya dapat diketahui bahawa Peter Thiel adalah orang yang ada
kaitan dengan CIA.
DARPA kemudiannya malancarkan program “Information Awareness Office”
kepada Amerika Syarikat. Program ini dikatakan mencabul hak asasi orang
ramai dimana kerajaan mendapat akses tentang apa yang kita lakukan
seperti melihat apa yang kita buka di internet, sejarah transaksi duit,
pembelian secara online, ataupun apa-apa yang menggunakan identiti.
Berhati-hati apabila anda menggunakan Facebook. Sebaiknya baca apa
terma dan syarat yang telah ditulis oleh mereka yang berkenaan dan cuba
fahamkan apa yang ditulis. Ini mungkin dapat membantu kita dalam
berhati-hati semasa menggunakan Facebook atau mana-mana laman sosial
yang lain.
Ingatlah. Once you post in the internet, it stays!!!
via http://www.thehackernews.com/2011/04/truth-about-facebook-cia-us-government.html


No comments:
Post a Comment